Thursday, April 22, 2010

MengApA...

Dahulu...
Akula penawar... tmpt engkau meluahkan rase ati dan mslh...
Kini...
Akulah jua racun...

Dahulu..
Akulah penghibur dikala engkau memerlukn bahu utk merintih..
Kini...
Akulah beban yang engkau sandarkan sebagai pelepas kekecewaan..

Dahulu...
Akulah yang engkau sayang....
Kini...
Akulah yang engkau benci...

Dahulu...
Akulah tempat engkau memerlukan sokongan..
Kini..
Akulah insan pertama yang engkau benci dan engkau tinggalkan setelah kejayaan itu engkau miliki...

Dahulu...
Akulah yang dikatakan tulang rusukmu yang Tuhan ciptakan untukmu..
Kini...
Aku hanya mampu tersenyum mengenangkan janji-janji manismu...

Dahulu...
Engkau mengatakan bahagia milik kita..
Kini..
Aku mengatakan...kekecewaan milik diriku....

Dahulu...
Aku gembira...
Kini..
Aku jua gembira kerana...engkau bahagia bersamanya...

Dahulu...
Aku menangis mengenangkan itu semua...
Kini..
Aku redha dengan ketentuanNya..

Dahulu...
Aku merasakan bahawa engkau adalah milikku..
Kini..
Aku merasakan bahawa engaku telah jauh pergi...
Pergi meninggalkan aku....
Pergi dan terus melupakan...
Melupakan aku dan terus melupakan aku...

Wednesday, March 10, 2010

Khas Untuk Diriku...

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada……
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu….. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Saturday, March 6, 2010

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......

*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Pilihlah Aku ya Tuhan

Hati ini bertompok-tompok
Hilang terangnya
Hati ini berselut-selut
Hilang sinarnya

Hati itu
umpama sungai yang mengalir tenang
Atau barangkali
lautan yang terbentang luas
Yang sesekali
dihiasi buih-buih memutih
Yang acap kali
dilanda ombak menghempas

Pelayaranmu masih ditemui noktahnya
Jadi, teruskan belayar.
Nakhoda terbilang!
Kita akan bersemadi di negeri itu
Sekejap sahaja lagi

Jika ikan berenang di tepian sungai
Itu tidak mengapa
Jangan sampai ikan terkena pancing mereka

Sedingin malam itu
Hatiku sayu
Sedingin malam itu
Hatiku rindu

Lagu-lagu dari corong-corog speaker berkumandang
Terdengar sorak tawa gembira manusia
Sesekali mereka menjerit-jerit
Bolehkah?
Ada batasnya.
Jagai dia.
Jagai batas itu.

Turunkan hujan
untuk menenangkan aku ya Tuhan
Dinginkan hati ini
dengan rintik hujanMu

Ada yang hilang barangkali
Mungkin ada.
Itu pasti
Dan ada yang tercicir.
Sedang mencari

Andai aku bisa membina
tembok besar antara kita
setinggi awan melangit
Tentu sahaja panahan syaitan
tidak bisa menembusi
Benar bukan?
Angguk.

Sejilid yang lalu.
Pergilah kamu
bersama debu berpasir itu
Ingin sahaja aku
tidur di kala dingin tiada kunjung tiba
Dan bermimpikan taman syurga

Tiada gersang
jika terpateri oasis di hatimu
Gali kolam itu
sedalam yang kamu mampu
Malam ini hujan akan merintik
Air suci akan memenuhi
Dan hati kita akan berbisik

Dengarkan bicaraku ya Tuhan
Aku pingin ketemu samaMu

Ingin kuburu
apa yang muncul dalam mimpiku itu
Lalu kuatkan hatiku
Kerna kutahu, ia dariMu

Tunggu aku ya Tuhan
CintaMu itu bukan senang ya?
Pilihkan aku.
Sambut hatiku

ku yang merinduiMu

Wanita...

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.


***

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.